Friday 1 April 2011

Pengkomersialan Hasil Laut

Setelah menerokai pelbagai hidupan laut, kita dapati melalui hidupan ini, kita boleh menghasilkan produk-produk makanan daripada sumber hasil laut tersebut. Kita boleh memproses hasil-hasil laut ini kepada sate ampai, sate ikan, udang kering, ikang kering, keropok keping, keropok lekor, bebola ikan, satar ikan, otak-otak dan sebagainya. 


1. Keropok Lekor
Keropok Lekor yang dikomersialkan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu keropok lekor rebus dan keropok lekor goreng. 


Keropok Lekor Rebus
Cara Mebuat Keropok Lekor

Untuk permulaan membuat keropok lekor, kepala ikan akan dibuang terlebih dahulu
Kemudian ikan yang siap dibuang kepalanya, akan dimasukkan ke dalam mesin pengisar.  Ikan dikisar dan diadun bersama tepung kanji dan tepung sagu.
Keropok Lekor yang siap dikisar akan digelek seperti gambar di atas
Namun, terdapat teknologi yang dicipta bagi mempercepatkan kerja-kerja mengelek keropok lekor
Kemudian keropok lekor akan dimasukkan ke dalam periuk untuk direbus
Keropok Lekor yang sedang direbus
Keropok Lekor yang digoreng
Keropok Lekor yang siap digoreng dimakan dengan sos
2. Keropok Kering
Keropok ikan adalah makanan yang paling terkenal di negeri-negeri pantai timur terutamanya Negeri Terengganu. Keadaan geografi semulajadi di negeri ini yang bersempadankan laut China selatan yang luas membekalkan sumber ikan yang banyak untuk proses pembuatan keropok. Selain dibuat daripada ikan, keropok juga dibuat dari udang dan juga sotong. Ia diadun tepung kanji dan tepung sagu sebagai bahan utama. Ikan yang biasa digunakan untuk membuat keropok ialah ikan selayang, parang, tamban, kerisi dan juga lolong. Kita boleh menentukan kualiti keropok yang dibuat dengan merasa keropok itu sendiri, jika keropok dibuat dengan ikan yang tidak segar, lidah kita akan terasa gatal.


Bagi membuat keropok keping proses diteruskan lagi dengan memotong keropok yang telah direbus tadi dengan potongan yang nipis


Keropok yang dipotong diletakkan di atas alas yang dibuat dari buluh dan di jemur sehingga kering


Keropok Kering yang siap dipaket


3. Satar Ikan


Satar merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada ikan rebus yang di campur dengan kelapa parut dan beberapa bahan lain. Kuih ini berbentuk kon dan dibungkus dengan daun pisang

4. Sate Ikan


5. Ikan Kering


6. Bebola Ikan

Bebola Ikan merupakan sejenis makanan berkhasiat yang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Diperbuat dari isi ikan segar dan digaul dengan garam dan rempah dan dibentuk menjadi bulat. Sesuai digoreng atau direbus dan dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili. Selain bebola ikan, terdapat juga bebola udang, ketam serta sotong.

7. Otak - otak


8. Udang Kering


9. Ikan bilis


10. Sate ampai

1 comment: