Saturday, 2 April 2011

Pelancongan Dasar Laut

Bagi sesiapa yang gemar melancong, kami mengesyorkan mencuba pelancongan di dasar laut. Ini kerana pemandangan dan suasana yang sangat indah dan menenangkan yang pasti meninggalkan seribu satu kenangan manis bagi mereka yang mencubanya.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di dasar laut. Antara aktivit yang gemar dilakukan oleh para pelancong adalah scuba, snorkelling, berkayak, mencandat sotong, memancing, dan sebagainya.

1. Scuba
Scuba adalah singkatan daripada Self Contain Underwater Breathing Appratus, iaitu alat pernafasan bawah air. Alat itu mempunyai kandungan 21 peratus oksigen dan 79 peratus nitrogen diguna ketika anda berada di dalam air lebih 30 minit dengan kedalaman lebih lima meter. Untuk melakukan skuba, anda kena membuat terjunan ke dalam air. Ia bermaksud selam di laut atau tasik mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan di seluruh dunia berasaskan kepada kemampuan fizikal biologi manusia di dalam air.

Sebelum menyertai skuba, anda perlu menjalani kursus untuk memperolehi lesen, iaitu kursus open water diver (selam di sungai, tasik, laut). Aktiviti selam skuba terbahagi kepada dua, iaitu 'sport diving' dan 'professional & speciality diving'. Ia tidak terhad kepada pemegang lesen, tetapi juga kepada sesiapa yang sekadar mahu merasai keseronokannya. 

Alat-alat skuba

Cara-cara memakai alat skuba

Skuba di Pulai Sipadan Sabah


2. Snorkelling
Selam paras permukaan atau snorkeling atau selam dangkal (skin diving) adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan mengenakan peralatan berupa topeng selam dan snorkel. Selain itu, penyelam sering mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya dorong pada kaki.

Snorkel ialah peralatan selam berupa tiub berbentuk huruf J dengan pelindung mulut di bahagian hujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi sebagai jalan masuk udara ketika bernafas dengan mulut tanpa harus mengangkat muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air boleh dilihat sambil berenang dengan wajah menghadap ke permukaan air dan bernafas melalui snorkel. Penyelam boleh mengambil nafas dalam-dalam sebelum menyelam ke bawah air. Penyelam skuba menggunakan snorkel untuk menghemat udara di dalam tabung sewaktu berenang di permukaan air.

Kegiatan snorkeling boleh dilakukan semua orang. Penyelam yang tidak boleh berenang atau tidak dapat mengapung boleh mengenakan baju pelampung. Ketika menyelam di air bersuhu rendah, penyelam memakai baju selam untuk menjaga tubuh dari kedinginan. Selain itu, baju selam merupakan pelindung tubuh dari luka tergores terumbu karang atau sengatan ubur-ubur.

Selain menguasai cara bernafas dengan mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling tidak memerlukan pendidikan khusus. Pemula yang belum pernah melakukan snorkeling bisa mempelajarinya dalam waktu singkat dari pemandu selam. Cara mengenakan topeng, snorkel, dan kaki katak boleh dipelajari dari pemandu selam, toko selam, atau tempat penyewaan alat selam di pinggir pantai. Walaupun demikian, seperti halnya selam skuba, kegiatan snorkeling tidak untuk dilakukan seorang diri, melainkan bersama teman atau secara berkelompok.

Snorkeling adalah kegiatan rekreasi air yang populer, terutama di resort pantai tropika dan lokasi selam skuba yang dangkal. Penyelam bisa mengamati beraneka ragam flora dan fauna bawah laut, seperti: terumbu karang, ikan, kerang, bintang laut, rumpai laut, ubur-ubur, udang, dan penyu. Selain itu, snorkeling juga dilakukan orang di tasik air tawar atau sungai.



Perbezaan Skuba dan Snorkelling

3. Berkayak
Kayak ialah bot didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pergerakan ini dikenali sebagai gulingan Eskimo Eskimo Roll.


4. Mencandat Sotong
Mencandat sootng adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan "candat". Musim mencandat sotong adalah sekitar April hingga Ogos pada waktu malam. Kawasan perairan yang sering menjadi tempat mencandat sotong adalah Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit, dan Penarik. Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing.

Jenis Candat
Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya. Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. 

Antara nama candat yang biasa digunakan adalah candat buntal, twist, udang, umpan, dan candat siam. Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaanya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sototng yang dicandat sama ada sotong torok, cumit-cumit, ketupat, dan sotong jarum, mengabang, sotong katak, dan sebagainya.


5. Memancing
Yang dimaksud dengan “mancing” adalah perbuatan menangkap atau cuba menangkap ikan dengan menggunakan peralatan utama berupa joran (rod), penggulung (reel) dan kail (hook) seperti yang diatur dalam ketentuan ini. Aktivit memancing biasanya dijalankan di pulau, pantai, sungai, kolan, tasik dan sebagainya.

Friday, 1 April 2011

Pengkomersialan Hasil Laut

Setelah menerokai pelbagai hidupan laut, kita dapati melalui hidupan ini, kita boleh menghasilkan produk-produk makanan daripada sumber hasil laut tersebut. Kita boleh memproses hasil-hasil laut ini kepada sate ampai, sate ikan, udang kering, ikang kering, keropok keping, keropok lekor, bebola ikan, satar ikan, otak-otak dan sebagainya. 


1. Keropok Lekor
Keropok Lekor yang dikomersialkan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu keropok lekor rebus dan keropok lekor goreng. 


Keropok Lekor Rebus
Cara Mebuat Keropok Lekor

Untuk permulaan membuat keropok lekor, kepala ikan akan dibuang terlebih dahulu
Kemudian ikan yang siap dibuang kepalanya, akan dimasukkan ke dalam mesin pengisar.  Ikan dikisar dan diadun bersama tepung kanji dan tepung sagu.
Keropok Lekor yang siap dikisar akan digelek seperti gambar di atas
Namun, terdapat teknologi yang dicipta bagi mempercepatkan kerja-kerja mengelek keropok lekor
Kemudian keropok lekor akan dimasukkan ke dalam periuk untuk direbus
Keropok Lekor yang sedang direbus
Keropok Lekor yang digoreng
Keropok Lekor yang siap digoreng dimakan dengan sos
2. Keropok Kering
Keropok ikan adalah makanan yang paling terkenal di negeri-negeri pantai timur terutamanya Negeri Terengganu. Keadaan geografi semulajadi di negeri ini yang bersempadankan laut China selatan yang luas membekalkan sumber ikan yang banyak untuk proses pembuatan keropok. Selain dibuat daripada ikan, keropok juga dibuat dari udang dan juga sotong. Ia diadun tepung kanji dan tepung sagu sebagai bahan utama. Ikan yang biasa digunakan untuk membuat keropok ialah ikan selayang, parang, tamban, kerisi dan juga lolong. Kita boleh menentukan kualiti keropok yang dibuat dengan merasa keropok itu sendiri, jika keropok dibuat dengan ikan yang tidak segar, lidah kita akan terasa gatal.


Bagi membuat keropok keping proses diteruskan lagi dengan memotong keropok yang telah direbus tadi dengan potongan yang nipis


Keropok yang dipotong diletakkan di atas alas yang dibuat dari buluh dan di jemur sehingga kering


Keropok Kering yang siap dipaket


3. Satar Ikan


Satar merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada ikan rebus yang di campur dengan kelapa parut dan beberapa bahan lain. Kuih ini berbentuk kon dan dibungkus dengan daun pisang

4. Sate Ikan


5. Ikan Kering


6. Bebola Ikan

Bebola Ikan merupakan sejenis makanan berkhasiat yang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Diperbuat dari isi ikan segar dan digaul dengan garam dan rempah dan dibentuk menjadi bulat. Sesuai digoreng atau direbus dan dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili. Selain bebola ikan, terdapat juga bebola udang, ketam serta sotong.

7. Otak - otak


8. Udang Kering


9. Ikan bilis


10. Sate ampai

Wednesday, 30 March 2011

Penternakan Ikan Air Masin

Ikan Gelama
Ikan Tongkol
Ikan Tenggiri
Ikan Selar Kuning
Ikan Pari
Ikan Parang
Ikan Merah
Ikan Cencaru
Ikan Kerapu
Ikan Kerisi
Ikan Kembung
Umpan Ikan Air Masin

Kebanyakan umpan yang digunakan disini lebih kepada penggunaan umpan segar dan hidup. Kebiasaan sebelum melakukan aktiviti memancing, usaha mencari umpan hidup akan dilakukan dengan kebanyakannya menggunakan Apollo (tali pancing yang diikat dengan mata kail yang banyak). Ikan Umpan yang sering di gunakan akan menggunakan kaedah pancing dasar, dibiar hanyut dan tidak kurang menggunakan pelampung seperti belon.

1.   Umpan Ikan Segar seperti Ikan Kembung, Selar, Tamban, Tongkol dan lain-lain
2.   Gewang (Rapala)
3.   Sotong Hidup
 
Umpan Air Masin (Muara Laut). (Ikan Utama: Siakap, Jenahak, Kaci, Tebal Pipi, Sembilang, Tetanda dan lain-lain)

Aktiviti disini turut melibatkan pasang surut air serta tahap kemasinan air laut memainkan peranan bagi pemancing yang peka tentang keadaan dan masa yang sesuai untuk turun memancing. Umpannya pula ada yang boleh dibeli dan tidak kurang mencari sendiri terutama apabila air surut dengan menggunakan jala dan sebagainya.

1.   Udang Hidup
2.   Perumpun (Umpun-umpun)
3.   Tamban
4.   Wat Wat Bakau
5.   Hirisan Ikan
6.   Gewang (rapala)
 
Umpan Sungai/Lombong/Anak Sungai & Tali Air.  (Ikan Utama: Haruan, Patin, Talapia, Rohu, Lampam, Toman, Bujuk dan lain-lain)Kebiasaan aktiviti disini tidak memerlukan persiapan yang boleh dianggap ‘berat’, atau lebih tepat lagi ia dilakukan dalam jangka masa yang singkat seperti waktu memancing dan kawasan memancing yang berhampiran. Umpannya pula banyak terdapat dikedai-kedai dengan harga yang murah berbanding umpan air masin. 

1.   Anak Katak
2.   Cacing
3.   Anak Udang
4.   Pisang
5.   Tepung & Dedak (Hong) Roti
6.   Cengkerik
7.   Anak Ikan
8.   Hati Ayam
9.   Telur Kerengga
Penyakit Ikan Air Masin
1. Penyakit pada kulit
Kulit ikan menunjukkan warna pucat dan berlendir. Tanda ini terlihat jelas pada ikan yang berwarna gelap. Penyakit yang disebabkan oleh jamur menimbulkan bercak-bercak warna kelabu, putih atau kehitam-hitaman pada kulit ikan. Ikan yang menderita penyakit kulit kadang-kadang menggosok-gosokkan badannya pada suatu benda di dalam air.

2. Penyakit pada insang
Ikan terlihat sulit bernafas. Tutup insang mengembang dan lembaran-lembaran insang pucat. Pada lembaran-lembaran insang terlihat bintik merah yang disebabkan oleh pendarahan kecil (peradangan). Jika terdapat bintik-bintik putih pada insang, hal ini disebabkan oleh parasit kecil yang menempel pada tempat tersebut.

3. Penyakit pada organ (alat-alat dalam)
Perut ikan membengkak dengan sisik-sisik ikan berdiri (penyakit dropsy), dapat juga sebaliknya, perut menjadi sangat kurus. Kotoran ikan berdarah, menandakan adanya radang usus. Penyakit pada gelembung renang, menyebabkan ikan berenang terjungkir balik kerana terganggunya keseimbangan badan.

PENYEBAB PENYAKIT
1) Non Parasit
a. Faktor-faktor kimia dan fisika, antara lain:
Perubahan salinitas air secara mendadak;
pH yang terlalu rendah (air asam), dan pH yang terlalu tinggi (air basa/alkalis);
Kekurangan oksigen dalam air;
Zat beracun, pestisida (insektisida, herbisida dan sebagainya);
Perubahan suhu air yang mendadak;
Kerusakan mekanis (luka-luka);
Perairan terkena polusi.


b. Makanan yang tidak baik :
• Kekurangan vitamin dan komposisi gizi yang buruk;
• Bahan makanan yang busuk dan mengandung kuman-kuman.

c. Bentuk fisik dan kelainan-kelainan tubuh yang disebabkan oleh keturunan.

d. Stres
Stres yang terjadi pada ikan berkaitan dengan timbulnya penyakit pada ikan tersebut. Stres merupakan suatu rangsangan yang menaikkan batas keseimbangan psikologi dalam diri ikan terhadap lingkungannya. Biasanya stres pada ikan diakibatkan perubahan lingkungan akibat beberapa hal atau perlakuan misalnya akibat pengangkutan/transportasi ikan-ikan yang dimasukkan ke dalam jaring apung di laut dari tempat pengangkutan biasanya akan mengalami shock, berhenti makan dan mengalami pelemahan daya tahan terhadap penyakit.

e. Kepadatan Ikan
Kepadatan ikan yang melebihi daya dukung perairan (carrying capacity) akan menimbulkan persaingan antara ikan tinggi, oksigen terlarut menjadi rendah dan sisa metabolisme seperti ammonia akan meningkat sehingga dapat menimbulkan stres dan merupakan penyebab timbulnya serangan penyakit.

2) Parasit (Pathogen)

a. Pengertian :
Parasit atau panthogen adalah organisme dalam bentuk haiwan atau tumbuh-tumbuhan atas pengorbanan dari induknya (haiwan atau tumbuh-tumbuhan lain). Parasit dapat berkembang dan menyebabkan infeksi yang dapat menularkan penyakit itu sendiri.

b. Penyebab penyakit :
• Crustacea/udang renik
• Protozoa
• Jamur
• Bakteri
• Virus