Tuesday 29 March 2011

Penternakan Ikan Air Tawar

Peternakan ikan air tawar mula mendapat perhatian terutama masyarakat
desa. Kejayaan demi kejayaan yang dipamerkan oleh pihak media massa
telah memberi satu dimensi baru terhadap industri ini. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penternak ikan air tawar. Penternakan ikan air tawar merujuk ikan yang dibela di kawasan sungai dengan menggunakan kolam-kolam khas. Industri ini sudah mendapat perhatian masyarakat terutama penduduk kampung kerana mampu menghasilkan pulangan yang
lumayan kepada mereka. Namun, industri ini turut memiliki pelbagai masalah yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya.

Ikan Bawal
Ikan Keli
Belut
Ikan Sepat

Ikan Puyu

Ikan Patin

Ikan Siakap Kelong


Cara-cara menternak ikan air tawar


Berikut adalah langkah-langkah dalam memulakan ternakan ikan air tawar:

  1. Kenalpasti target & objektif: Adakah anda mahu menternak kerana hobi atau komersial. Apa objektif anda? Sebagai menambah pendapatan atau menjadi usahawan?
  2. Kenal pasti jenis ikan yang hendak diternak: Apakah jenis ikan yang ingin dibela/ternak. Ikan air tawar termasuk ikan keli, ikan haruan bodoh (ketutu), ikan puyu, patin dan talapia. Tempoh ternakan, makanan dan harga pasaran. Buat pilihan yang tepat & kurang risiko.
  3. Menghadiri kursus: timba ilmu sebanyak mungkin sebelum membuat keputusan. Belajar melalui pengalaman mentor & peserta kursus lain yang lebih berpengalaman.
  4. Kaji risiko & persediaan serta potensi pasaran: Kenal pasti risiko penyakit, modal & permintaan pasaran samada tempatan atau antarabangsa.
  5. Penyediaan kertas kerja & kos terperinci: Jika berhasrat membuat pinjaman, kertas kerja sebagai perancangan perniagaan amat penting. Kos terperinci membantu bakal usahawan merancang perbelanjaan, mengurangkan kos dan membantu membuat keputusan
  6. Penubuhan syarikat enterprise: Mendaftar dengan SSM sbg salah satu syarat pinjaman
  7. Kenalpasti lokasi ternakan & tapak: Lokasi yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap, sumber air bersih & percuma (tepi sungai, tasik etc) dan kemudahan jalan raya bg tujuan pengangkutan
  8. Pembinaan infrastruktur asas: Sebelum permohonan pinjaman, pihak bank ingin melihat usaha bakal usahawan 10-30% dari perlaksanaan projek
  9. Permohonan pinjaman: Hantar borang yang lengkap dan rujuk kepada pegawai jika memerlukan bantuan.
  10. Perlaksanaan projek: rujuk rajah lakaran proses & keterangan dibawah
  11. Penyelenggaraan tapak projek: termasuk rawatan kolam bagi benih baru, pemeriksaan bagi mengesan kerosakan/kebocoran pada kolam kanvas

[process.JPG]

Keterangan Lakaran Proses
Minggu ke-3: Masukkan anak benih ikan 3
Minggu ke-7: Proses greding (ikan berumur 4 minggu)
Minggu ke-9: Proses greding (Ikan berumur 6 minggu)
Minggu ke-11: Proses greding (Ikan berumur 8 minggu)
Minggu ke-14: Tuai hasil (Ikan berumur 11 minggu)

Umpan Ikan Air Tawar

Kaedah penggunaan Umpan dikawasan ini lebih kepada pembacaan tentang ikan-ikan yang menjadi penghuni sesatu-satu tempat. Biasanya ikan-ikan seperti Kelah atau Sebarau lebih menjadi buruan. Mungkin penyediaan Umpan disini boleh dianggap lebih remeh dari ikan air masin kerana telah menjadi ikutan, ikan-ikan disini harus ada ‘pemanggil’ agar berada berhampiran tempat memancing. Namun kiranya seseorang yang sanggup meredah satu-satu lubuk itu sendirian atau berdua mereka lebih kepada suasana yang sunyi tanpa memerlukan ‘pemanggil’. Pemanggil yang dimaksudkan ialah seperti tukun,dari buah Kelapa Sawit atau Ubi kayu yang diikat dan dibiarkan terendam didalam air.

1.   Kelapa Sawit
2.   Buah Neram
3.   Ulat Sagu
4.   Cengkerik
5.   Ubi Kayu
6.   Cacing Tanah
7.   Perut Ayam
8.   Gewang (mengilat)

Penyakit Ikan Air Tawar Dan Rawatan

Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan adalah disebabkan oleh patogen
(agen-agen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :-
a) Parasit (Endoparasit/Ektoparasit)
b) Kulat
c) Bakteria
d) Virus
e) Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran

i) Penyakit Primer
Penyakit ini berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama kalinya. Ini berlaku apabila kita campurkan ikan yang besar dengan ikan yang kecil. Ikan besar walaupun mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kerana ikan tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu dengan patogen, ia mudah diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit primer juga boleh berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak.

ii) Penyakit sekunder
Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan wujud dan menyebabkan ikan (termasuk ikan yang lali terhadap sesuatu penyakit) senang diserang oleh patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen tetapi dengan adanya faktor-faktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi lemah dan daya ketahannya tidak cukup untuk melawan serangan patogen.

I. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT
Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit).

Definasi Parasit: 
Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam luar badan organisma yang lain tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut.


1. Penyakit Bintik Putih (white spot)
Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil Ichthyophthirius multifilis. Semua jenis ikan terutamanya anak-anak ikan. Parasit tersebut menembusi kulit ikan dan memakan sel-sel tisu dan darah.

Tanda tanda penyakit
- Ikan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut (peringkat Permulaan);
- Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh badan;
- Tompok-tompok putih dan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan insang dan menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan timbul kepermukaan untuk bernafas;
- Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau sangkar;
- Ikan tidak makan (peringkat serius);
- Mata menjadi kelabu.

Cara-cara rawatan
(i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia) dalam jangka masa yang singkat.
- Ikan diletakkan tangki atau bekas kecil.
- Ubat dimasukkan ke dalam tangki. Ikan akan dikeluarkan selepas beberapa minit.
- Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan kepada ikan


(ii) Merendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangka masa yang panjang
- Dos ubat yang digunakan adalah rendah dan tidak menyebabkan tekanan kepada ikan
- Ubat dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan sembuh dan kesan ubat akan hilang dengan sendirinya.
- Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa hari.

2. Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella
Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala besar dan Lampan jawa

Tanda-tanda penyakit
- Ikan menjadi pucat (serius ). Sista berwarna putih dan parasit yang bulat (ukuran 2-4 mm) akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang menjadi berkolompok;
- Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus );
- Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan.

Rawatan
Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal dan mencegah penyakit daripada berlaku.

4. Dactylogyrosis (penyakit kutu insang)
Disebabkan oleh: Parasit Dactylogyrus
Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak dan Kap kepala besar.
Parasit yang matang melekat pada insang bertelur

Tanda-tanda penyakit
- Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal );
- Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak boleh tertutup dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas.

5. Gyrodactylosis (penyakit kutu insang)
Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus
Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa.
Parasit ini menyerang bahagian permukaan badan sahaja

Tanda-tanda penyakit
Sama dengan penyakit bintik putih

Rawatan
Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis.

6. Argulosis (kutu ikan )
Disebabkan oleh: Parasit Argulus
Argulus berbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garis pusat. Argulus boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan. Ikan yang diserang adalah kap rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian luar badan dengan cara menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.

Tanda-tanda penyakit
- Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh parasit;
- Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat;
- Kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi.

7. Lernaesis (cacing sauh )
Disebabkan oleh: parasit Lernaea sp.
Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kap kepala besar dan kap biasa.

Tanda-tanda penyakit
- terdapat tanda-tanda merah pada badan;
- Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat badan.

II. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit Dalaman)
Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah.
Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah:
i) Trematoda Digenetik
ii) Nematoda ( cacing gelang )
iii) Cestoda (cacing peta)

1. Trematoda Digenetik
Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak. Bahagian kornea akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di bahagian pupil, iaitu larva cacing parasit Displostumum Spatheum. Ia memakan kanta mata dan menyebabkan ikan tersebut buta

2. Nematoda dan cestoda
- Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot, pundi, usus dan didalam mata;
- Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh itu, tidak boleh diginakan sebagai induk;
- Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau kematian berlaku, ianya tidak serentak.

Rawatan
Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan mencegah parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut.

III. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT

1. Saprolegniasis
Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti kesesakan ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, luka-luka pada badan ikan apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa pengendaliannya

Tanda-tanda penyakit
- Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kap[as pada badan ikan;
- Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat;
- Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan ikan dan juga menyerang telur-telur ikan.

IV. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA
Bakteria terdapat disekitar sistem perairan. Apabila faktor-faktor tekanan wujud, bakteria akan menyebabkan penyakit.

Tanda-tanda penyakit
- Badan ikan kemerahan-merahan dan jika penyakit tidak dikawal, tanda kemerahan-merahan akan merebak ke seluruh badan dan menjadi ulser;
- Ikan tidak berselera untuk makan;
- Kadangkala mata dan perut ikan menjadi bengkak;
- Kematian ikan yang disebabkan oleh bakteria adalah tinggi dan serentak;

Rawatan
Furanace 0.05ppm sehingga sembuh

V. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS
Virus adalah organisma yang lebih halus daripada bakteria dan ia tidak dapat dilihat dibawah mikroskop biasa. Penyakit virus serig berlaku bersama dengan penyakit bakteria dan tanda-tanda klinikal, rawatan dan cara-cara pengawalan adalah hampir sama seperti penyakit bakteria.

VI. PENGAWALAN PENYAKIT


A) Faktor-Faktor Tekanan
Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

i) Suhu
Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air), dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.

Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:
a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tibatiba;
b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di dalam kolam.

ii) Sumber dan Mutu Air
Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 – 9.0 .

iii) Pengendalian
Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor Kesesakan
Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.

v) Makanan
Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi
dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.

B) Ciri-Ciri Kolam
Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.

C) Pengawalan Patogen
- Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea.
- Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.
- Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menangalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.
- Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.
- Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.
- Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.
- Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

Ikan Talapia

No comments:

Post a Comment